Translate

Search This Blog

Ketenteraan

             Angkatan Tentera Malaysia merupakan sebuah angkatan yang ditugaskan untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara, bangsa serta agama dari semua aspek iaitu darat(TDM), udara(TUDM), dan laut(TLDM). Tentera terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Tentera Darat Malaysia yang ditugaskan untuk mengawasi keadaan di darat, Tentera Laut Diraja Malaysia yang ditugaskan untuk mengawasi keadaan di lautan, dan Tentera Udara Diraja Malaysia yang ditugaskan untuk mengawasi keadaan di Udara. 

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat JeneralLaksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua profesional ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin
Panglima Angkatan Tentera
(PAT)
Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin
Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
(BSPP)
Leftenan Jeneral Raja Datuk Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
Ketua Staf Markas ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia
(MK ATM)
Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
Panglima Angkatan Bersama
Markas Angkatan Bersama
(MK AB)
Jeneral Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin
Panglima Tentera Darat
Markas Tentera Darat
(MK TD)
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
Panglima Tentera Laut
Markas Tentera Laut
(MK TL)
Jeneral Dato' Sri Rodzali Daud TUDM
Panglima Tentera Udara
Markas Tentera Udara
(MK TU)

Markas ATM[sunting | sunting sumber]

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan Jeneral,Laksamana Madya atau Leftenan Jeneral TUDM. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:
  1. Sekretariat (J1)
  2. Perkhidmatan Anggota (J2)
  3. Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
  4. Bahagian Logistik Pertahanan (J4)
  5. Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
  6. Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
  7. Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
  8. Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
  9. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)

Sekretariat (J1)[sunting | sunting sumber]

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Operasi & Latihan (J3)[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan dan Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengkoordinasi dan mengawasi latihan-latihan yang dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain atau dengan angkatan tentera luar negeri. Setakat ini beberapa latihan dan eksesais dua hala dan berbilang hala telah berjaya dilaksanakan. Antara negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan negara-negara ASEAN.

Bahagian Logistik (J4)[sunting | sunting sumber]

Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang,pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf (AKS) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai tujuh Cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut:

Cawangan Dasar Logistik[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisien merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material, kejuruteraan,bekalan, stor ordnans, peralatan pengswastaan dan perumahan ATM.

Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit 3 khidmat di bawahnya.

Cawangan Perancangan Dan Operasi Bersama[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan pembangunan logistik di dalam ATM. Manakala diperingkat nasional dan antarabangsa serta bantuan logistik kepada operasi dan eksesais ATM, ia dikendalikan di dalam konteks bersama.

Cawangan Perumahan Dan Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini berfungsi sebagai staf dan agensi perlaksanaan bagi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan. Peranannya adalah untuk menyediakan keperluan perumahan dan pembangunan teknikal, serta pemyediaan kemudahan ATM. Ia juga menguruskan penyelenggaraan kem-kem dan kemudahan ATM yang berkaitan.

Projek Simpanan Petroleum[sunting | sunting sumber]

Tim Projek bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima di dalam semua perkara ketenteraan dan keperluan bantuan operasi (Petroleum) dan Jawatankuasa Pemandu Petroleum ATM di dalam semua Sistem Bantuan Petroleum sehingga ke tahap akhir operasi depot.

Cawangan Penguasa Katalog ATM[sunting | sunting sumber]

Peranan utama cawangan ini adalah untuk menyelaras, mengawal dan menyatukan serta mengembangkan 'NATO CodificationSystem' di dalam pengurusan inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain apabila berupaya berbuat demikian.

Cawangan Sistem Komputer Logistik[sunting | sunting sumber]

Cawangan Sistem Komputer Logistik (CSKL) berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran dibidang logistik untuk ketiga-tiga Perkhidmatan.

Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)[sunting | sunting sumber]

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini yang juga dipanggil KOMLEK berperanan untuk memberi kemudahan komunikasi termasuk penghantaran persuratan/utusan ATM secara efektif dan efisien di samping menyelaraskan hal-hal elektronik, komputer, pengurusan maklumat ATM, peperangan elektronik dan informasi. KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :
  1. Menyelaras semua aspek sistem komunikasi dan elektronik bantuan pemerintahan dan kawalan dalam melaksanakan operasi latihan.
  2. Menggubal dan mengemaskini dasar, doktrin dan prosedur komunikasi dan elektronik peperangan dan latihan bersama serta gabungan.
  3. Merancang dan menyelaraskan pembangunan aset serta prosedur peperangan elektronik dan informasi ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan data dan penyeragaman sistem dan prosedur KESKOM (Keselamatan Komunikasi) serta kriptografi.
  4. Menentukan penyeragaman semua aspek elektronik dan teknologi alat-alat komunikasi dan elektronik termasuk alat-alat radar dan pengesan menerusi piawaian untuk mewujudkan 'inter-operability'.
  5. Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk sistem P4 dan telefon.
  6. Mengkoordinasi dan membangunkan sistem maklumat pengurusan ATM.
  7. Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berhubungkait dengan hal-hal komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM.
  8. Menyelaraskan pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga Perhubungan Pertahanan (Defence Signal Board).
  9. Bekerjasama dengan negara-negara sahabat keatas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok Kerja dan Jawatankuasa Kecil.
  10. Wakil ATM dalam 'Frequency Assignment Committee Singapore, Malaysia and Brunei' (FACSMAB). #Wakil ATM dalam 'Telecommunication Coordinating Committee' (TTC).
  11. Menyelaraskan semua pembangunan dan pengurusan Sistem Komputer ATM, termasuk sebagai ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat KEMENTAH.

Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)[sunting | sunting sumber]

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas hal ehwal perhubungan awam.
Perkhidmatan Perhubungan mempunyai peranan tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)[sunting | sunting sumber]

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8) berperanan sebagai penyelaras kepada ketiga-tiga Bahagian /Cawangan dan Jabatanarah Pasukan Simpanan ATM dalam aspek pembangunan Angkatan Sukarela dan Simpanan AngkatanTetap.
Bahagian ini bertanggungjawab:
  1. Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.
  2. Bertindak sebagai Liason atau penghubung dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
  3. Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
  4. Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
  5. Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
  6. Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Kesihatan mempunyai peranan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Tentera Darat, Laut dan Udara.
Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :
  1. Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
  2. Organisasi Medan.
  3. Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
  4. Organisasi Pergigian.
  5. Organisasi Kesihatan.
  6. Organisasi Latihan.


      
Sejarah
                  
          Sejarah moden Ankatan Tentera Malaysia(ATM)  bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
        
                         
                                Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

                                 
          Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952.Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.


  Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM)

         Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM boleh dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan TUDM.

                             
Syarat-syarat yang diperlukan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia


  • warganegara Malaysia.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM 
  • tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25
  • SPM – KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Matematik dan Sains serta LULUS dalam Bahasa Inggeris
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mendapat principal dalam subjek Syariah/ Usuluddin/ Bahasa Arab atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh Kerajaan
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia kelayakan yang diiktiraf setaraf den Kerajaan
  • Diploma (Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam,Diploma Kejururawatan,Diploma Perubatan, Diploma Farmasi,Diploma Pergigian, Diploma Teknologi Makmal, Diploma Kejurutera


Syarat-syarat yang diperlukan untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia


  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
  • Lulus latihan asas ketenteraan


SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL
*   Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik (tanp  Ukuran badan minima:
PerkaraLelakiWanita
Tinggi1.62 m1.57 m
Berat47.5 kg40.5 kg
BMI18-2518-25
Ukuran Dada76cm-



KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT LASKAR UDARA GRED ZA 1 BAND 1

*   Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains atau salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

*   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan.








PERTUKANGAN

-Anak Kapal
Kuatermaster Udara, Pramugari
-Kejuruteraan
Rangka Kapal Terbang, Avionik, Instrumen, Senjata, Elektrik, Enjin, Pembantu Statistik, Alat Banud
-Pengurusan Ruang Angkasa
Juruteknik Pertahanan Udara, Pembantu Kawalan Trafik Udara, Bomba
-Pentadbiran
Pembantu Tadbir, Pembantu Sajian, Pancaragam, Pembantu Tahan, Jurulatih Jasmani
-Logistik
Juruteknik Logistik, Juru Katalog, Sistem Logistik, Pemandu


Syarat-syarat yang diperlukan untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia




Warganegara Malaysia

-Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga23 tahun pada tarikh angkat sumpah 3 Okt 2011. 



Kesihatan
-Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota.
-Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh dan tidak kabur warna.

Tinggi (Minimum)
1.62 meter.  

Berat (Minimum)
47.5 kg. 

Body Mass Index (BMI)
20 - 26.9. 

Cara-cara memohon untuk menyertai Tentera


Pemilihan Perajurit Muda  dilaksanakan  secara temuduga terbuka (walk-in) di tempat-tempat yang ditetapkan. Maklumat pemilihan disiarkan melalui:
  • Iklan di dalam akhbar tempatan
  • Laman sesawang T
  • Diumumkan melalui siaran Radio
Pemohon yang berminat dikehendaki hadir dilokasi temuduga pada tarikh yang ditetapkan mulai jam 08.00 pagi hingga pendaftaran ditutup jam 09.00 pagi. Pemohon diwajibkan  membawa bersama dokumen ASAL serta satu salinan (PHOTOSTAT) seperti berikut:
  1. Sijil Diploma dan Transkrip
  2. Sijil SPM/SPMV
  3. SKM Tahap 2 ke atas
  4. Kad Pengenalan
  5. Sijil Kelahiran
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Lain-lain sijil kemahiran (Jika ada)
  8. Pemohon yang memegang laporan kehilangan Kad Pengenalan (JPN 1/11) boleh dipertimbangkan dengan syarat telah disahkan oleh pejabat pendaftaran Negara
  9. Sekeping gambar warna ukuran passport
  10. Sampul surat berukuran 5″ X 9″ beralamat sendiri serta setem RM 1.00


            Universiti yang menawarkan bidang ketenteraan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Maktab Tentera Diraja

Gaji seorang askar boleh mencecah RM50,700





No comments:

Post a Comment